Lee Jehoon Akui Ingin Bintangi Naskhah Cinta Sesama Jantina Bersama Koo Kyohwan

Entertainment
6 Jun 2024 • 11:36 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Korang pernah layan tak filem Lee Je-hoon “Just Friends” yang ditayangkan pada 2009 dulu?

Bagi yang belum tahu, “Just Friends?” adalah filem yang diterajui Lee Je-hoon dan Yeon Woo-jin, mengisahkan tentang kisah cinta sama jantina, yang terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang tidak menerima.

Terbaru, Lee Je-hoon dan Koo Kyo-hwan telah menghadiri sesi sidang media untuk filem baru mereka “Escape”. Khususnya ada wartawan yang bertanya kepada Lee Je-hoon,

Jika awak boleh bekerjasama dengan Koo Kyo-hwan sekali lagi, apakah jenis hubungan yang awak mahu lakukan dengan wataknya? Kawan atau musuh?

Meskipun tiada dalam pilihan jawapan, Lee Je-hoon menjawab,

Kekasih!

Nampanya selepas “Just Friends?”, pelakon lelaki itu masih mempunyai minat untuk membintangi naskhah yang menceritakan tentang percintaan sesama jantina.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.