Bintangi Siri ‘Star Wars’, Lee Jungjae Akui Terima Banyak Tawaran Lakonan Di Hollywood Selepas ‘Squid Game’

Movie
6 Jun 2024 • 1:51 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lee Jung-jae telah mendedahkan perkembangan terkini kerjayanya.

Pada 5 Jun yang lalu, Lee Jung-jae telah menghadiri acara pratonton “The Acolyte” di Seoul.

Mula membintangi siri antarabangsa, Lee Jung-jae telah mengakui bahawa semua tawaran tersebut datang selepas kejayaan “Squid Games”.

Katanya,

Selain daripada tawaran projek ‘Star Wars’, tiada apa yang berubah. Satu-satunya perbezaan yang ketara ialah persekitaran kerja saya telah berkembang dan saya juga mula dapat banyak tawaran dari Hollywood.

Tambahnya,

Walaupun sistem perfileman Korea lebih maju, tapi saya banyak juga belajar dari Hollywood. Contohnya macam teknologi angkasa yang digunakan dalam ‘Star Wars’.

image is not available

Sementara itu, Lee Jung-jae telah mencipta rekod dan menjadi satu-satunya pelakon Korea yang memegang watak sebagai Jedi Master dalam siri terkenal “Star Wars”.

Selain dari membintangi “The Acolyte”, pelakon terkenal ini juga akan kembali dengan “Squid Game 2” tak lama lagi.

Lakonan Lee Jung-jae pun memang gempak sebab itu ramai suka kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.