Lee Joon Gi Hadiahkan 'Rasa Sayang' Untuk Peminat Malaysia, Energetik Nyanyi 23 Lagu!

23 Sep 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Peminat setia Lee Joon Gi dapat tidur lena usai konsert Lee Joon Gi Asia Tour 2024 in Kuala Lumpur di Mega Star Arena pada Ahad.

Bukan hanya dapat menatap wajah kacak kesayangan ramai itu secara live, peminat dihiburkan dengan aksi lincah dan energetik Joon Gi selama konsert lebih 2 jam itu.

Joon Gi yang turut popular menerusi drama Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo mempersembahkan 23 buah lagu antaranya ‘Thank You’, ‘NOW’, ‘Can’t be slow’, ‘Bring da Beat', ‘That That’, ‘Uptown Funk’ dan ‘Together’.

Istimewanya kali ini, Joon Gi membawa pemuzik dan penari sendiri dari Korea Selatan.


Selain mempersembahkan tarian yang hebat dan bertenaga di atas pentas, Lee Joon Gi juga memberikan kejutan kepada peminatnya dengan menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’ sambil berinteraksi bersama mereka.

"Saya sangat gembira dapat menikmati masa ini dan saya sangat beruntung dapat memulakan persembahan saya dengan peminat di Malaysia.

"Terima kasih kepada semua peminat saya di Malaysia dan juga peminat dari luar negara yang datang ke pertunjukan saya," katanya.


Lee Joon Gi Asia Tour 2024 in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment sebagai penganjur utamanya.