Lee Jun-ho Kembali Ke Malaysia, Peminat Berpeluang Untuk Bertentang Mata!

Music
26 Sep 2023 • 5:55 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli kumpulan K-Pop popular, 2PM iaitu Lee jun-ho atau lebih dikenali dengan nama pentas Junho akan bertemu dengan peminat di Malaysia pada 18 November depan.

image is not available

Memetik laporan New Straits Times, penyanyi, penari dan pelakon berumur 33 tahun ini dijadualkan bertemu peminatnya di Mega Star Arena di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada jam 5 petang.

Acara ramah mesra ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah Junho, The Moment 2023 dimana peminat dari lapan bandar akan berpeluang untuk bertentang mata dengannya.

Sebelum tiba di Malaysia, Junho terlebih dahulu akan berada di Taipei pada 14 Oktober, Macau pada 4 November dan Manila pada 11 November.

Selepas Malaysia, Junho akan bertolak pula ke Jakarta pada 25 November, Hong Kong pada 2 Desember, Singapura pada 8 December dan Bangkok pada 10 December.

image is not available

Kali terakhir bintang idola ini hadir ke Malaysia pada tahun 2011 untuk konsert 2PM yang diadakan di Stadium Negara yang merupakan sebahagian dari siri Jelajah Asia Hands Up kumpulan tersebut.

image is not available

Acara ini dianjurkan oleh JYP, Live Nation dan iMe selain harga tiket bermula RM288 sehingga RM888 yang telah dijual sejak semalam.