Paris Hilton Umum Nak Datang Sogo, Tapi Peminat Was-Was Sebab…

28 Aug 2023 • 5:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selebriti popular, Paris Hilton mengumumkan yang dia bakal bertemu dengan peminat pada September depan di pusat beli-belah terkemuka, Sogo, Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi platform X miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Paris memuat naik sekeping poster lengkap dengan informasi kedatangannya ke Sogo.

image is not available

Difahamkan, Paris bakal melancarkan haruman terbaharu, Ruby Rush Paris Hilton.

Menerusi ruangan balas, ramai yang menzahirkan rasa tidak percaya acara tersebut bakal diadakan di Sogo.

Tambahan pula, tarikh yang ditulis oleh Paris di ruangan kapsyen ada 11 September manakala di poster pula 13 September 2023.

Buat masa ini, pihak Sogo masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai pengumuman tersebut.

Untuk rekod, Paris buat pertama kalinya datang ke Malaysia pada 2015 kerana terlibat dengan konsert #PartyOfTheCentury yang diadakan di Empire City, Kuala Lumpur.

BACA: Umum Nama Anak Lelaki, Paris Tertarik Dengan Simbolik Phoenix​

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved