Lee Minho hiburkan peminat di Malaysia, dedah masyarakat Korea sering tanyakan jenis darah untuk berkenalan

LocalEntertainment
18 Sep 2024 • 12:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENAMPILAN pelakon Korea terkenal, Lee Minho di Malaysia disambut meriah oleh peminatnya.

Aktor Korea Selatan paling berpengaruh itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada petang Jumaat.

Kedatangan Minho adalah untuk bertemu peminat dan tanda penghargaan atas sokongan dan dedikasi yang tidak berbelah bagi oleh para ibu di seluruh Malaysia kepada beliau sebagai duta Roma Kelapa.

image is not available

Ditanya mengenai jenis personaliti mengikut ujian psikologi (MBTI), pelakon tinggi lampai itu mendedahkan beliau memiliki personaliti keperibadian jenis 'ENTP'.

Beliau berkata selain bertanyakan jenis personaliti seseorang, masyarakat Korea bahkan bertanyakan mengenai jenis darah untuk berkenalan.

image is not available

Pada Sabtu lalu, pelakon drama 'Boys Over Flowers' itu memberikan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan kepada 1,000 peminat bertuah melalui peraduan 'Roma Wow! Bertemu Lee Minho'.

ROMA menawarkan pelbagai produk kegemaran, termasuk Roma Malkist Crackers, Roma Kelapa, Roma Marie Gold, Roma Happiness,Roma Choco Fun, dan banyak lagi.