“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

13 Sep 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.

Difahamkan, kedatangannya ke negara ini adalah untuk bertemu peminat dan merasmikan dua jenama produk di Malaysia.

Menerusi video di TikTok, Minho yang muncul dengan baju berwarna putih dan berseluar hitam tetap kelihatan kacak walaupun memakai pelitup muka.

Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja kerana dapat melihat pelakon kacak itu di depan mata.



image is not available

Terdahulu, Lee Minho sebelum ini pernah mengunjungi Malaysia untuk Konsert CUCKOO Appreci8th Anniversary 2022 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Oktober 2022.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved