Lee Sunbin & Kang Taeoh Sah Terajui Drama Rom-Kom ‘Potato Research Institute’

14 May 2024 • 11:56 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan antara Lee Sun-bin dan Kang Tae-oh!

Terbaru, tvN mengumumkan bahawa Lee Sun-bin dan Kang Tae-oh telah disahkan akan membintangi drama baru berjudul “Potato Research Institute”.

Dalam drama ini, Lee Sun-bin akan memegang watak sebagai Kim Mi-kyung, seorang penyelidik yang gilakan kentang dan mempunyai personaliti yang mudah mesra. Dia menjalani kehidupan sederhana dan aman di kawasan luar bandar sehingga seorang lelaki muncul di situ dan mengacau kehidupannya.

image is not available

Manakala Kang Tae-oh pula akan tampil sebagai So Baek-ho, yang tiba di institut penyelidikan kentang yang terletak di lembah gunung dan mula bertengkar dengan penolong pengurus institut di situ iaitu Kim Mi-kyung.

Sementara itu, “Potato Research Institute” telah dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh pertama 2025.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.