Lee Zii Jia bawa pingat Olimpik, dipuji kacak ketika catwalk -“Layak jadi model!”

17 Aug 2024 • 7:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemunculan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia bawa pingat Olimpik yang dimenanginya dalam aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 lalu menggamatkan sebuah pusat beli-belah terkemuka ibu negara, hari ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, orang ramai memuat naik video atlet kelahiran Alor Setar, Kedah itu ketika sedang ‘catwalk’ di atas pentas peragaan sehingga namanya menjadi bualan ramai.

image is not available

image is not available

Zii Jia yang menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih berserta seluar pendek telah memukau mata penonton dengan gayanya yang bersahaja.

Lee Zii Jia bawa pingat Olimpik

Sebaik sahaja selesai berjalan di atas pentas peragaan, atlet berusia 26 tahun itu juga dilihat sempat menunjukkan kepada orang ramai pingat gangsa yang dimenanginya, baru-baru ini.

Malah, beliau juga memberi peluang kepada penonton yang hadir untuk menyentuh dan merasai pingat keramat yang dimilikinya itu.

image is not available

“Jia, nak pegang medal!” Lee Zii Jia pun layan,”kongsi seorang peminat.

Peminat itu juga memaklumkan dia berjaya mengambil gambar Zii Jia memegang pingat gangsa Olimpik dengan menggunakan kamera Polaroid sebelum minta tandatangan.

image is not available

Kacaknya!

Rata-rata warganet turut memuji ketampanan Lee Zii Jia selain mengakui beliau juga layak menjadi seorang model.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Lee Zii Jia yang membawa pulang pingat gangsa dari Paris dilihat sedang menikmati masa-masa rehatnya apabila bertemu rakan-rakan serta keluarga setelah beberapa bulan gigih menyiapkan diri untuk Olimpik tempoh hari.