Lee Zii Jia Kini Duduki Ranking Ke-4 Dunia

27 Aug 2024 • 4:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lee Zii Jia Kini Duduki Ranking Ke-4 Dunia

Nama “Lee Zii Jia” tentunya sudah tidak asing lagi dalam dunia sukan, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Apatah lagi, pemain perseorangan profesional negara itu berjaya membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Terkini, kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menunjukkan perkembangan positif dalam karier pemain berusia 26 tahun itu.

Zii Jia telah berjaya memperbaiki kedudukannya dengan naik dua tangga ke kedudukan ke-4 dunia berbanding ke-6 dunia sebelum ini.

Baru-baru ini, Zii Jia tewas mengejut kepada Alex Lanier dari Perancis, sekali gus terkeluar daripada Terbuka Jepun 2024, di Yokohama.

Namun, Zii Jia mencatat peningkatan hasil rentak positif apabila berjaya merangkul pingat gangsa Olimpik di Paris, awal bulan ini.

Berjaya mengumpul 83,716 mata, Zii Jia berjaya memintas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.

Dengan kejayaan tersebut, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu dapat kembali ke dalam kelompok empat pemain terbaik dunia.

Untuk info, Zii Jia pernah menghuni tangga ke-4 terbaik dunia suatu ketika dahulu, iaitu pada 23 April 2023.

Dalam pada itu, jaguh China, Shi Yu Qi, masih kekal mendominasi ranking pertama dunia, diikuti dengan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen.

Manakala mengekori rapat di tempat ke-3, Jonatan Christie dari Indonesia.

Sumber: Sinar Harian