Atlet badminton negara, Lee Zii Jia tidak berpuas hati dengan mutu persembahan dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas tunduk 6-21, 22-20, 13-21 kepada Viktor Axelsen di Axiata Arena, semalam.
Memetik laporan Astro Awani, Zii Jia merasakan dirinya kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu, tetapi ia tidak menghalangnya untuk bersaing sepanjang 63 minit berdepan pemain nombor satu dunia itu

Foto: Harian Metro
“Ini merupakan satu pengalaman berharga buat saya sepanjang dua minggu ini untuk berdepan pelbagai jenis pemain.
“Saya menimba banyak ilmu, harap-harap saya dapat gunakan pengalaman ini dalam kejohanan akan datang dan menuju Sukan Olimpik Paris.
“Saya masih belum berpuas hati dengan tahap keseluruhan persembahan sendiri hari ini, saya patut beraksi lebih baik,” katanya.

Foto: Astro Awani

Foto: Harian Metro
The post Lee Zii Jia Terkilan Gagal Tunjuk Persembahan Terbaik, Hanya Bergelar Naib Juara Masters Malaysia appeared first on Borak Daily.
