Lega Dapat RM100, Harga Minyak Turun Tapi Komen Akak Ni Buat Aku Tersentap

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 3:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lega Dapat RM100, Harga Minyak Turun Tapi Komen Akak Ni Buat Aku Tersentap

Akhirnya kita dah tahu pengumuman penghargaan apa yang nak diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ada beberapa inisiatif yang diumumkan sebentar tadi mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

SK tertarik dengan salah seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Ahmad Hakim yang turut bagi pandangan mengenai pengumuman penghargaan tadi.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian dari Hakim yang juga turut rangkumkan pandangan netizen.

Akhirnya penantian kita selepas beberapa hari menanti penuh debar pengumuman dari PMX dah terjawab.

Memang macam-macam reaksi kita dapat dari netizen, ada yang bersyukur, ada yang happy dan tak kurang juga ada yang tanya mana pengumuman kerja 4 hari seminggu.

Rasanya bab kerja 4 hari seminggu tu belum sesuai nak diamalkan kat negara kita, sebab apa tu nantilah kita cerita.

image is not available

Tapi aku rasa benda paling besar yang diumumkan PMX tadi adalah penyasaran subsidi harga petrol RON95 yang diturunkan dari RM2.05 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia.

PMX kata perincian akan diumumkan hujung bulan September. Aku rasa dah lama sangat harga RON95 kekal pada paras RM2.05, eloklah dapat turun walaupun 6 sen.

Mungkin kerajaan boleh fikirkan mekanisme untuk harga RM1.99 tu hanya dapat dirasai oleh rakyat Malaysia sahaja sebab kalau nak tunjuk IC tu macam kurang praktikal.

Takpa, kita sama-sama tunggu hujung bulan September nanti macam mana pelaksanaan penyasaran subsidi petrol ni.

Lebih menarik, PMX tidak sebut harga ini untuk golongan B40 dan M40 tapi PMX kata untuk rakyat Malaysia. Maknanya untuk semua rakyat Malaysia la kan?

image is not available

Selain dari penyasan subsidi harga RON95, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bakal menerima inisiatif SARA RM100 secara one-off mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 September 2025.

Bagi penerima STR mungkin dah tahu macam mana nak belanjakan SARA ni. Tapi pada yang tak pernah merasa, SARA ni adalah Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan dalam IC.

Korang boleh pergi mana-mana pasar raya terpilih dan boleh beli barangan yang terpilih sahaja.

Hanya serahkan IC di kaunter pembayaran untuk tujuan pengesahan dan jumlah harga barangan yang dibeli akan ditolak melalui IC sahaja. Boleh semak sini apa barang yang boleh dibeli.

Selain itu, PMX juga umumkan cuti am tambahan pada 15 September 2025 sehari sebelum Hari Malaysia sebagai penghargaan semangat perpaduan.

Warganet bagi reaksi positif

Paling menarik bila tengok reaksi netizen la, memang ramai juga yang bersyukur dengan apa PMX umum, lagi-lagi bab SARA RM100 secara one-off tu.

image is not available

Komen paling tersentap bila aku baca adalah komen Puan Wan Azalina, dia kata “kecik bagi orang lain (RM100), besar bagi kita..syukur Alhamdulillah”.

Betul kata dia, mungkin sesetengah orang nampak RM100 tu kecik, sekali beli pun dah habis tapi besar nilainya untuk yang betul-betul memerlukan.

Tak sekadar itu, ramai lagi netizen yang sambut baik dengan pengumuman PMX sebentar tadi, di mana rata-rata mereka mengajak orang untuk bersyukur dengan apa yang bakal diterima.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available