Subsidi Petrol RON95: Harga Minyak Akan Diturunkan Kepada RM1.99 Seliter
Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.
Sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, Kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas; bahkan, diumumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat.
Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter. Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Subsidi Petrol RON95: Harga Minyak Akan Diturunkan Kepada RM1.99 Seliter appeared first on Siakap Keli.



