Lega, Harga Runcit RON97, Diesel Turun 8 Sen

LocalBusiness & Finance
7 May 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini harga RON97 dan diesel bagi Semenanjung masing-masing diturunkan lapan sen seliter bagi tempoh 8 hingga 14 Mei 2025.

Sebaliknya, harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak lapan sen seliter iaitu daripada RM3.18 kepada RM3.10 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

MOF berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut sebanyak lapan sen iaitu daripada RM2.88 kepada RM2.80 seliter namun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.