Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann

16 Jul 2024 • 5:36 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Misi Puteri Qaseh diteruskan dalam drama lapan episod Legenda Puteri Qaseh 2.

Kali ini Puteri Qaseh punyai misi untuk mencari penawar wabak Achum dan menyelamatkan rakyat jelata. 

Namun, Puteri Qaseh berdepan beberapa rintangan dan cabaran untuk mengekalkan kedudukannya sebagai puteri. 

Legenda Puteri Qaseh 2 diterbitkan Red Communication dan diarahkan oleh Shamyl Othman, namun menampilkan dua hero pujaan ramai Hun Haqeem dan Dini Schatzmann di samping teraju utamanya Qasrina Karim.

image is not available

Turut digandingkan dalam drama itu pelakon Bella Dowanna, Ozlynn Wati, Norman Hakim, Aziz M. Osman, Chelsia Ng, Satthiya Kandi
 
Legenda Puteri Qaseh 2 akan mula ditayangkan pada 22 Julai setiap Isnin pukul 9 malam di saluran Astro Ceria dan Astro GO.

View Original Article