Legenda Tinju Heavyweight George Foreman Meninggal Dunia 

22 Mar 2025 • 11:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Legenda Tinju Heavyweight George Foreman Meninggal Dunia

Bekas juara tinju Heavyweight dunia, George Foreman meninggal dunia pada usia 76 tahun, lapor NBC News

Perkhabaran duka itu dimaklumkan oleh keluarganya dalam satu kenyataan.

“Dengan penuh dukacita, kami mengumumkan pemergian George Edward Foreman Sr pada 21 Mac 2025 dalam keadaan tenang dikelilingi insan tersayang,” maklum kenyataan itu.

Keluarganya menzahirkan ucapan terima kasih atas limpahan doa dan sokongan daripada peminat terhadap ikon sukan itu.

Walau bagaimanapun, punca kematian George Foreman tidak dimaklumkan.

Karier George Foreman

Untuk makluman, George Foreman yang dikenali sebagai “Big George,” memenangi pingat emas Olimpik dalam acara tinju di Sukan Olimpik 1968 di Mexico City ketika masih berusia 19 tahun.

Mendiang semakin dikenali ramai selepas meraih kejuaraan heavyweight dunia lima tahun kemudian dengan kemenangan knockout yang mengejutkan ke atas Joe Frazier dalam dua pusingan pada tahun 1973.

Walau bagaimanapun, beliau kehilangan gelaran itu kepada Muhammad Ali pada tahun berikutnya. Pertarungan ikonik antara kedua petinju digelar sebagai “Rumble in the Jungle”.

Pada usia 45 tahun, George kembali merampas gelaran itu buat kali kedua, menewaskan Michael Moorer dalam satu perlawanan penuh dramatik. Ia sekaligus merekodkannya sebagai pemenang tertua kejuaraan itu.

Petinju Kenneth Egano Meninggal Dunia Semasa ‘Fight’

Terdahulu, seorang petinju Filipina, Kenneth Egano dilapor meninggal dunia pada usia 22 tahun akibat pendarahan otak semasa perlawanan tinju.

Lapor Bleacher Report, Egano bertanding dengan kad pertarungan Blow by Blow yang dipromosikan oleh bekas juara dunia divisyen kelapan, Manny Pacquiao di Gimnaisum Sukan Imus.

Egano memperoleh kemenangan dalam pusingan kelapan ke atas pihak lawannya, Jason Facularin, namun dia rebah di sudut ketika juri sedang mengira kad skor.

Dia kemudiannya dikejarkan menggunakan pengusung dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Egano dikatakan koma selepas mengalami pendarahan otak sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sumber: NBC News

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved