
Penyanyi, Masya Masyitah sering menjadi tumpuan orang ramai dek kerana gaya pakaian yang ‘mengundang’ kecaman.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff dilihat cuba untuk meniru fesyen gadis Jepun.
Penyanyi berusia 23 tahun itu telah menggayakan pakaian serba hitam bersama skirt pendek, legging, dan but tinggi.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah legging yang dipakai oleh Masya terlihat sangat jarang sehingga menampakkan bahagian pehanya.
Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa kurang senang melihat Juara Ceria Popstar itu yang bertudung tetapi memakai pakaian yang mendedahkan kulitnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah menegur Masya kerana seolah-olah tidak serik dikecam.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati penyanyi lagu Teman Bintang itu untuk tidak memburukkan imej orang beragama Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Dah Cerai Lagi Teruk Perangai"- Bekas Menantu Zainal Abidin Dakwa Bekas Suami Tak Hantar Anak Ke Sekolah, Enggan Bayar Nafkah Idah
The post “Legging Tu Jarang Sangat” – Masya Masyitah Pakai Tudung Tapi Nampak Peha? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
