Pakai stokin jarang, Masya Masyitah ‘belanja’ peha pula? -“Pelik2 je fesyen dia”

Women's Fashion
21 Jun 2023 • 9:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nama penyanyi, Masya Masyitah sememangnya kerap menjadi perbualan netizen di media sosial kerana fesyen yang digayakannya dikatakan kurang sesuai dengan imej bertudung.

Nampak peha ke tu?

Walaupun sudah beberapa kali menerima teguran daripada warganet, nampaknya penyanyi itu masih lagi tidak menghiraukan segala kecaman tersebut kerana masih berani tampil dengan fesyen mengikut keselesaannya.

Kali ini, dia telah memuat naik beberapa foto di Instagram dengan menggayakan fesyen stokin jarang sehingga terlihat seperti warna kulit di bahagian peha.

Fesyen macam tak sesuai

Walaupun boleh jadi dia memakai legging di bahagian dalam, namun ramai yang merasakan fesyen tersebut tidak sesuai untuknya yang merupakan wanita bertudung.

Dia yang memakai pakaian serba hitam turut memperlihatkan sedikit bahagian leher dan tetap yakin dengan fesyen yang digayakan.

image is not available

Tak malu ke pakai macam tu?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkilan dengan penampilan penyanyi berusia 23 tahun itu kerana pernah beberapa kali ditegur memandangkan dia juga sering berkongsi gambar dengan pakaian yang terlihat kurang sesuai.

Ada juga di antara mereka yang tak jemu meninggalkan nasihat kepada Masya dan berharap dia dapat memperbaiki penampilannya yang mana boleh mengundang fitnah.

 

image is not available

Nampak pelik la berhijab tapi nampak peha

image is not available

Pakai tudung tapi pakai macam tu?

 

image is not available

“Nak buka tu buka terus”

image is not available

Masih ada yang cuba nasihat baik2

image is not available

Sumber: Instagram Masya Masyitah