LEGO Ajak Keluarga Rasai Keseronokan BerMain Bersama Musim Cuti Sekolah Ini

8 Dec 2025 • 12:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terlalu banyak skrol, terlalu sedikit keseronokan? LEGO Malaysia mengajak keluarga untuk letak telefon, ambil LEGO, dan kembali menikmati keseronokan bermain musim cuti ini.

Ágnes Molnár, Pengarah Pemasaran Singapura, Malaysia & APAC Travel Retail, LEGO Group berkata: “Musim cuti ini masing-masing sibu. Penyelesaiannya mudah, bermain! Kami mengajak semua kanak-kanak dan dewasa untuk membina, ketawa, dan kembali bersatu. Ia tentang mencipta memori yang menyeronokkan dan bermakna.”

Kisah yang Menghidupkan Semangat Bersama

Filem pendek global terbaru LEGO mengisahkan Eddie, 12 tahun, yang telah lupa keseronokan bermain sehingga adik perempuannya menghidupkan minifigures LEGO dan watak nakal Cataclaws. Dengan remix lagu klasik Lionel Richie Hello, LEGO Holiday Choir mengingatkan kita semua: apabila kita terlepas peluang bermain, kita juga terlepas peluang mengeratkan hubungan keluarga.

Menara LEGO Menyala di KL
Dari 4–7 Disember, Menara TSLAW dihiasi animasi LEGO bersaiz gergasi. Saksikan Cataclaws dan minifigures ikonik dari Star Wars, Ninjago, Friends dan banyak lagi menyebarkan keceriaan dari jam 7 malam hingga tengah malam.

LEGO Twinkle Town di 1 Utama
Dari 4–28 Disember, keluarga boleh menikmati pengalaman LEGO yang meriah di Pusat Beli-belah 1 Utama:

  • Santa’s Christmas Factory & Post Office – bina, bungkus dan kongsi hadiah LEGO.

  • Cabaran Sleigh It – hias kereta luncur Santa dengan penambah LEGO tersendiri.

  • Gingerbread House – bina rumah roti halia LEGO secara kreatif.

  • #BuildToGive – bina LEGO Heart untuk disumbangkan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

  • Lengkapkan aktiviti untuk menebus LEGO Ornament Present dan baucar LEGO RM10. Aktiviti hujung minggu termasuk Twinkle Town Magical Show, Pertandingan Pokok Tertinggi, pertemuan dengan LEGO Santa, dan peluang bergambar dengan bingkai khas.

    Set LEGO Musim Cuti & Hadiah
    Bawa keceriaan pulang dengan set baharu:

    • Holiday Express Train (10361)

    • Up-Scaled Santa Minifigure (40820)

  • Family Christmas Tree (41843)

  • Set terpilih ditawarkan diskaun 20% sehingga 31 Disember 2025, tersedia di LEGO Certified Stores, Lazada, Shopee, dan peruncit utama seluruh negara. Aktiviti dan promosi eksklusif musim cuti termasuk kuiz dan hadiah mengejut turut berlangsung di semua LEGO Certified Stores.

    Musim ini, LEGO mengajak rakyat Malaysia bermain, membina, dan mengeratkan hubungan, kerana musim cuti lebih bermakna bila dilakukan bersama.

    The post LEGO Ajak Keluarga Rasai Keseronokan BerMain Bersama Musim Cuti Sekolah Ini appeared first on Siakap Keli.