Sempena ulang tahun ke-100 Leica, syarikat itu bekerjasama dengan Xiaomi untuk melancarkan Leica Leitzphone powered by Xiaomi. Peranti ini menggabungkan warisan reka bentuk ikonik Leica dengan teknologi moden, sekali gus menjadikan pendekatan klasik pengimejan Leica sebagai teras. Ia hadir dengan binaan aloi aluminium yang tahan lasak serta kemasan nikel-anodized, mencerminkan identiti Leica dalam setiap perincian.

Dari segi perisian, antaramuka baharu yang ditala Leica turut menawarkan pengalaman pengimejan menyeluruh. ciri utama yang diketengahkan ialah Leica Camera Ring iaitu kawalan fizikal dengan kemasan bertekstur (knurling) yang memberikan rasa seperti menggunakan kamera zum sebenar. Selain daripada itu, terdapat mod Leica Essential yang meniru kualiti imej dan gaya fotografi kamera ikonik Leica seperti M9 dan M3 dengan filem MONOPAN 50.

Untuk spesifikasi, peranti ini menawarkan skrin 6.9″ Xiaomi HyperRGB OLED dengan resolusi 2608 × 1200, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak 3500 nits. Paparan ini menyokong HDR10+ dan Dolby Vision, di samping menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk Low Blue Light, Flicker Free, serta Circadian Friendly. Ia juga dijana oleh cip Snapdragon Elite Gen 5 bersama memori 16GB RAM serta storan dalaman 1TB

Telefon ini juga dilengkapi bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W HyperCharge serta nirwayar 50W HyperCharge. Ia turut menampilkan sistem kamera Leica yang terdiri daripada kamera utama 50MP menggunakan sensor bersaiz 1 inci (OIS) telefoto 200MP dan ultra-lebar 50MP.

Di Malaysia, Leica Leitzphone powered by Xiaomi ditawarkan dalam warna hitam dengan konfigurasi 16GB RAM + 1TB storan pada harga RM7,499. Setiap pembelian turut disertakan hadiah percuma berupa Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro bernilai RM1,099 serta Xiaomi Sound Party bernilai RM349.

