
Amazfit memperkenalkan T-Rex Ultra 2 iaitu generasi kedua jam tangan tahan lasak lasak mereka dengan penambahbaikan yang ketara dari segi bahan binaan, skrin dan ketahanan bateri. Ia hadir dengan skrin AMOLED 1.5″ bersama kecerahan sehingga 3,000 nits di samping kerangka aloi titanium Gred 5 bersaiz 51mm serta kaca sapphire di bahagian hadapan.

T-Rex Ultra 2 ini menyokong lebih daripada 180 mod sukan, termasuk Hybrid Training, Running Mode dengan Advanced Metrics dan HYROX Race dengan pengenalan automatik untuk senaman tertentu. Ia juga dilengkapi ciri-ciri kecergasan seperti pemantauan prestasi masa nyata, selain sokongan Zepp Coach berasaskan AI yang menyediakan pelan larian untuk 5K, 10K dan maraton penuh. Fungsi Smarter Metrics turut ditawarkan untuk menjejak VO₂ Max, Training Stress Balance, Training Load dan Training Effect.

Dari segi navigasi, jam tangan ini menyertakan fungsi peta berwarna terperinci untuk kawasan ski dan pergunungan lengkap dengan laluan cerun serta bentuk muka bumi. Ia boleh disambungkan pada aplikasi Zepp untuk pengalaman lebih menyeluruh serta serasi dengan aplikasi pihak ketiga seperti Strava, Adidas Running, Relive, Google Fit dan Apple Health.

Bateri pada jam tangan ini mampu bertahan sehingga 30–35 hari bergantung pada penggunaan, dan ia turut dilengkapi lampu suluh dwi-mod dengan pilihan Boost Mode untuk pencahayaan lebih terang. Amazfit T-Rex Ultra 2 ditawarkan pada harga RM2,399 melalui laman rasmi Amazfit serta pengedar rasmi seperti Shopee, Lazada dan TikTok.
Menariknya, ia turut boleh dimiliki pada harga pengenalan RM2,299 untuk tempoh terhad sehingga 23 Februari 2026. Sepanjang berkenaan, setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma eksklusif termasuk kemeja-T Amazfit, botol kaca dan jaminan tambahan selama satu tahun selagi stok masih ada.



