“Leka tonton filem” – Pelancong Thailand Kecewa Kena Sidai Di Balai Polis Indonesia Ketika Buat Laporan Handphone Hilang

Entertainment
30 Sep 2025 • 6:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai pelancong sudah semestinya kita akan bergantung dengan pihak polis tempatan kerana ia membuatkan kita rasa selamat dan boleh diharap jika berdepan dengan kesulitan.

Bagaimanapun, satu pengalaman menghampakan buat seorang pelancong dari Thailand yang dikenali sebagai Jenbiverse ini apabila dia tidak mendapat bantuan ketika berurusan di sebuah balai polis di Indonesia.

 

Polis selamba layan movie

Dia yang dikatakan kehilangan telefon bimbit mendakwa bahawa terpaksa menunggu hampir sejam ketika berada di lokasi tersebut, tiada seorang anggota polis pun yang datang untuk membantunya.

“Maaf nak cakap, tapi polis di Indonesia memang langsung tidak berguna. Saya berada di balai polis selama sejam, tetapi tiada seorang pun pegawai yang datang bercakap dengan saya.”

Lebih mengejutkan lagi, dia turut mendakwa bahawa terdapat beberapa anggota polis yang leka menonton filem dari komputer.

“Polis yang duduk berhampiran saya pun leka menonton filem dengan tenang… apa ni?”

Menurut sumber, hantaran yang dibuat itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet khususya rakyat Indonesia sendiri. Jadi, dia membuat hantaran lain dan memohon maaf atas kata-kata yang diberikan, namun dia berpendirian bahawa apa yang dilalui itu adalah benar, bahkan Jenbiverse siap cerita dengan lebih terperinci mengenai kejadian itu.

Jelasnya lagi, hantaran yang dibuatnya itu telah perhatian dua orang wanita dari Jakarta dan tiga anggota bomba yang kemudian menghubungi bagi menghulurkan bantuan pada awal pagi Isnin.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.