Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak

30 Sep 2023 • 7:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

IPOH - Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 3.05 petang.

Beliau berkata, jentera dengan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor, tiba di lokasi kejadian pada 3.25 petang dan terus melakukan pencarian.

"Pada jam 3.29 petang, ketua operasi memaklumkan mangsa telah ditemukan orang awam dalam jarak tujuh meter dari pantai dan anggaran kedalaman tiga meter, sebelum usaha menyelamat mangsa secara resusitasi kardiopulmonari (CPR), dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

"Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor oleh EMRS (Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan) dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sabarodzi berkata, operasi tamat pada jam 3.55 petang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved