
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 25 tahun dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 33.03 gram syabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus melepaskan dan membebaskan Aslan Zaidi, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah.
Mahkamah mengatakan, selepas mendengar keterangan saksi pendakwaan dan saksi pembelaan, termasuk keterangan tertuduh di bawah sumpah, dengan mempertimbangkan semua eksibit yang dikemukakan di mahkamah dan hujah kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
Aslan didakwa memiliki dadah itu pada 4.30 petang 26 Jun 2020 di hadapan Kedai Alat Telekomunikasi Lam Mobile Enterprise di Lorong Inanam, Pekan Baru Inanam, dekat sini.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 39A(2(r) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Lima saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Jessica Ombou Kakayun hadir untuk pendakwaan manakala peguam Farazwin Hexdy mewakili tertuduh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

