Lelaki 300 KG Terpaksa Diangkat Dengan Forklift Untuk Dibawa Ke Hospital

Entertainment
11 Jun 2023 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berusia 27 tahun di Indonesia terpaksa diangkut dengan forklift dan trak untuk dibawa ke hospital kerana berat badannya yang mencecah hampir 300 kilogram.

Menurut Tribunnews, pemuda yang dikenali sebagai Fajri itu perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan untuk menurunkan berat badan akibat obesiti.

Proses untuk mengangkat lelaki itu telah dijalankan oleh Badan Pengendalian Bencana (BPBD) melibatkan 10 orang petugas.

image is not available

Difahamkan, petugas-petugas terpaksa mencabut pintu rumah yang didiami oleh Fajri dan ibunya untuk mengeluarkan Fajri dari rumah tersebut menggunakan forklift.

Forklift digunakan untuk menaikkan Fajri ke atas trak yang kemudiannya digunakan untuk membawanya ke hospital kerana tidak dapat dihantar menggunakan ambulans.

Difahamkan, sejak lapan bulan lalu, Fajri mula terlantar di rumah selepas terbabit dengan kemalangan dan sejak itu, dia tidak dapat berdiri kerana kecederaan pada kaki kanannya yang membengkak.

Sejak itu juga lah, berat badannya mula bertambah secara drastik kerana tidak dapat membuat sebarang aktiviti dan hanya mampu terbaring sahaja.

Sebelum kemalangan, Fajri pernah bekerja untuk menyara keluarganya.

Semoga pemuda ini cepat sembuh dan dapat bekerja semula.

Sumber: Tribunnews

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.