Lelaki 94 Tahun Hilang Ditemukan Keletihan, Tak Dapat Berjalan

10 Jun 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan keletihan sehingga tidak dapat berjalan di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli di sini pada Ahad.

Memetik Sinar Harian, Sungkit Akup, 94, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar dari rumahnya pada jam 5.55 petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kehilangan warga emas itu pada jam 3.02 petang Ahad.

"Mangsa dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya. Operasi mencari dan menyelamat segera dilakukan oleh pasukan bomba.

"Bagaimanapun, pada jam 4.29 petang mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang kebetulan lalu di kawasan hutan iaitu kira-kira satu kilometer dari dia dilaporkan hilang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasukan bomba juga terpaksa menggunakan pengusung bagi membawa mangsa keluar dari hutan tersebut.

"Mangsa tidak dapat berjalan menyebabkan anggota bomba mengusungnya menggunakan pengusung sebelum dihantar ke hospital," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.