Lelaki Acu Pist*l Dekat Medan Selera Lepas Berang Ditegur Mer*kok

Entertainment
17 Oct 2024 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, ada segelintir individu tidak boleh ditegur dan akan naik angin apabila ditegur meskipun ianya sesuatu yang betul.

Terbaru, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mengacu pistol selepas ditegur kerana merokok di sebuah medan selera di Puchong, Selangor.

Video berdurasi 26 saat dipercayai daripada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki bergaduh manakala seorang wanita cuba meredakan keadaan.

Wanita itu juga kelihatan menarik salah seorang lelaki yang berpakaian kemeja-T leher bulat putih.

Satu lagi video dari sudut berbeza merakamkan lelaki yang sama mengangkat tangannya untuk menunjukkan objek yang menyerupai senjata api di pinggangnya.

Rakaman CCTV itu tersebar melalui channel Telegram, Edisi Siasat dan difahamkan insiden itu terjadi beberapa hari lalu.

image is not available

Malah, dalam mesej yang dikongsikan dalam channel Telegram itu lelaki itu didakwa tidak boleh ‘disentuh’ sehingga ada anggota polis juga tidak berani menegurnya susulan tindakannya itu.

Pun begitu, menurut laporan NST, ketua polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.