Lelaki Alami Kecederaan Pada Muka, Van Dinaiki Tiba-Tiba Terbakar Di Bintulu

8 Mar 2025 • 2:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa melecur di muka setelah van dinaiki terbakar secara tiba-tiba

Lelaki Alami Kecederaan Pada Muka, Van Dinaiki Tiba-Tiba Terbakar Di Bintulu. Dilaporkan, seorang lelaki warga Indonesia berusia 25 tahun mengalami lecur di muka selepas van yang dinaikinya tiba-tiba terbakar di Bintulu hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), panggilan kecemasan diterima pada 8:43 pagi, sebelum anggota bomba segera bergegas ke lokasi kejadian.

image is not available
Lelaki Alami Kecederaan Pada Muka, Van Dinaiki Tiba-Tiba Terbakar Di Bintulu. Sumber gambar: The Borneo Post

Kebakaran berpunca daripada tangki petrol

Setibanya di sana, mereka mendapati kebakaran berpunca daripada tangki petrol yang dibawa dalam van milik sebuah syarikat pendawaian elektrik subkontraktor.

Walaupun kebakaran hanya melibatkan bahagian pintu pemandu dan penumpang, seorang mangsa mengalami lecur di muka akibat insiden tersebut.

image is not available
Sumber gambar: Selangorkini

Mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu menggunakan Bomba Emergency Medical Rescue Service (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bomba berjaya memadamkan api dan memastikan kawasan selamat sebelum operasi ditamatkan pada 9 pagi.

Nasib baik tiada kecederaan yang serius! Semoga mangsa cepat sembuh.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: