Lelaki ‘Alfa’, Pernah Bertekak Dengan Wartawan, Siapa Sebenarnya Nick Adams Calon Duta AS Ke Malaysia?

Entertainment
15 Jul 2025 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Nick Adams sebagai duta AS ke Malaysia.

Menerusi laman X miliknya, Nick Adams menyifatkan pencalonan oleh Donald Trump itu sesuatu yang membanggakan selain mengatakan ia satu penghormatan buatnya.

Pun begitu, siapa sebenarnya Nick Adams ini dan mengapa Donald Trump memberikannya satu jawatan yang amat penting.

Latar belakang

Nick Adams menempa nama dalam dunia politik dengan menjadi timbalan datuk bandar termuda Australia, dia mempunyai perangai yang aneh di mana dia sering bercakap tentang burung merpati dan tahi anjing.

Dua puluh tahun selepas berkhidmat di majlis Ashfield, graduan Universiti Sydney itu memberi gelaran ‘lelaki alfa’ kepada dirinya sendiri. Dia juga sering berkongsi bahawa dia sangat meminati Trump, minum bir dan makan stik. Dia menjadi warganegara AS pada 2021.

Kontroversi & skandal

Dia terkenal di media sosial selepas hantarannya di X yang penuh kontroversi tular dan menjadi perhatian ramai, sudah tentu ramai yang menganggap hantarannya itu tidak sopan dan agak biadab.

image is not available

Malah, Nick juga pernah membuat hantaran di mana dia secara terbuka menyokong Israel, dalam hantarannya itu dia memastikan pekerja yang memakai pin Palestin dipecat serta-merta.

image is not available

Pada tahun 2009, Parti Liberal Australia mengancam untuk menggantung Nick daripada parti selama enam bulan kerana berkelakuan yang dianggap mungkin ‘memalukan atau menyebabkan kerosakan’ kepada parti semasa pertengkaran dengan Brett Mason, yang merupakan wartawan Channel Ten.

Tapi, kenapa Donald Trump pilih dia sebagai calon?

Duta biasanya merupakan diplomat, mereka wujud untuk menyemarakkan serta menjalinkan hubungan antarabangsa selain mewakili negara mereka di negara asing dan mereka juga bertugas untuk memastikan negara mereka dimaklumkan tentang apa yang berlaku di negara itu.

Menurut Donald Trump, Nick Adams ialah ‘patriot yang luar biasa’ kerana dia merupakan seorang pengarang, penceramah dan pengulas terkemuka. Presiden AS itu juga berkata Nick sudah banyak membantu menaikkan nama negara.

Rakyat Malaysia tidak setuju?

Perkara itu membuatkan banyak pihak kurang senang dah tidak setuju dengan pencalonan Donald Trump itu.

Malah, bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa agar kerajaan membantah pencalonan Nick Adams itu.

Khairy membangkitkan Artikel 4 Konvensyen Vienna yang membenarkan negara untuk menolak duta yang dilantik ke negara itu.

“Kini terpulang kepada Wisma Putra (Over to you Wisma Putra),” katanya ringkas.

Parti politik besar di Malaysia seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH), Democratic Action Party (DAP) baru-baru ini mengecam pelantikan Nick Adams, yang dilihat sebagai ‘menghina’ maruah negara.

Berat isu ini, harap kerajaan dapat buat keputusan yang sepatutnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.