
BELURAN: Seorang lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berumur 23 tahun cedera parah selepas ditikam menggunakan senjata tajam di kebun sawit milik mereka di Kampung Napagang, Entilibon, Tongod, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Supt Hasan Majid berkataBalai Polis Daerah Telupid menerima laporan mengenai insiden itu daripada isteri lelaki itu yang mengatakan suami dan anaknya ditikam oleh pekerja mereka menggunakan alat besi untuk mengangkat buah sawit.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan, belakang, lengan dan paha akibat tikaman senjata tajam dan dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang terlibat merupakan pekerja mangsa iaitu warga Indonesia, Anuar, 40an dan Saril berumur 20an.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Selepas mencederakan mangsa, mereka melarikan diri dengan membawa lari Toyota Hilux Single Cab berwarna putih dengan nombor pendaftaran SAB 7801 P, milik mangsa.
Selain itu, beberapa barang peribadi mangsa seperti dokumen penting, telefon bimbit dan dompet turut dilarikan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan suspek yang masih melarikan diri.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sandra di 011-28066182,ASP Henry Ak Linyau di 010-9416656, Balai Polis Beluran (089-511222) atau Balai Polis Tongod (089-748223).

