Lelaki asing ditahan disyaki merogol 

2 Jan 2023 • 2:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditangkap kerana disyaki mengugut sebelum merogol seorang wanita berusia 29, di Batu 15 Jalan Tawau - Semporna, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 30an itu ditahan semasa serbuan polis dari Balai Bandar Sri Indah di kawasan rumah pekerja Ladang Tundong sekitar jam 7.18 malam pada 28 Dis.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika suspek berjumpa dengan wanita itu di luar rumahnya (mangsa).

“Suspek mengugut mangsa menggunakan senjata tajam agar mengikutnya sehingga tiba di suatu kawasan lalu merogolnya,” katanya.

Jasmin berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 4 Januari. Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, kes rogol itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.