
KENINGAU: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang merogol dua anak tirinya sejak 11 tahun lalu, dipenjara 36 tahun dan dikenakan 22 sebatan.
Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Fairuz Mohamad Puzi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki itu yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 18 tahun ditambah 11 sebatan kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah kawasan perumahan dan kejadian itu berlaku sejak mangsa berusia enam tahun.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dipenjara 18 tahun lagi dan dikenakan 11 sebatan kerana merogol kakak mangsa pertama yang kini berusia 20 tahun, dan kejadian rogol itu berlaku sejak dia berusia sembilan tahun di tempat dan masa yang sama.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjaranya secara berturut-turut.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Semasa mitigasi, peguam Timothy Daut yang mewakili lelaki itu, memohon kelonggaran dengan mengatakan anak guamnya sudah insaf dan sanggup menjalani program pemulihan untuk mengubah dirinya menjadi lelaki yang lebih baik.
Timothy juga memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu masih menjaga anak-anaknya yang masih kecil.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada lelaki itu, tetapi orang awam secara amnya.
Tambahnya, kejadian rogol itu akan menghantui mangsa sepanjang hayat mereka.
Mahkamah mendengar bahawa lelaki itu ditahan pada 10 Dis 2023 berikutan dua laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh kedua-dua mangsa.
Mangsa mendedahkan mereka dirogol oleh bapa tiri mereka masing-masing sejak mereka berusia enam dan sembilan tahun.
Lelaki itu telah berkahwin dengan ibu mereka pada 2010.


