Lelaki baling tukul besi pecahkan cermin pintu hadapan bank

20 Dec 2025 • 7:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek dipercayai seorang lelaki namun identitinya masih belum dikenal pasti.

KLANG – Seorang lelaki bertindak agresif dengan membaling tukul besi mengakibatkan cermin pintu masuk hadapan sebuah bank pecah dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalriffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.30 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati insiden berkenaan dipercayai berlaku lebih awal iaitu sekitar jam 5.20 pagi pada hari sama.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang berjalan kaki sambil menolak sebuah troli berhenti di hadapan bank terbabit.

"Suspek kemudian bertindak membaling tukul besi ke arah cermin pintu masuk sebelum beredar dari lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kamalriffin berkata, suspek dipercayai seorang lelaki namun identitinya masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved