Lelaki Bangunkan Projek Rintis ‘Kalkulator Musafir’, Bantu Semak Kelayakan Solat Jamak & Qasar

24 Mar 2026 • 5:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Bangunkan Projek Rintis ‘Kalkulator Musafir’, Bantu Semak Kelayakan Solat Jamak & Qasar

Solat ialah ibadah wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim.

Namun begitu, Islam memberi kemudahan kepada umatnya dengan menyediakan kelonggaran untuk melaksanakan ibadah tersebut mengikut keadaan tertentu.

Sebagai contoh, bagi mereka yang bermusafir, dibenarkan menunaikan solat secara jamak dan qasar bergantung pada tujuan perjalanan.

Ia dengan syarat jarak perjalanan sekurang-kurangnya dua marhalah (melebihi 83 kilometer) serta tempoh perjalanan tidak melebihi tiga hari.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang keliru mengenai kelayakan untuk melaksanakan solat jamak dan qasar, terutamanya apabila menetap di sesuatu tempat melebihi tempoh yang dibenarkan.

Lelaki cipta ‘Kalkulator Musafir’, mudah semak kelayakan solat Jamak & Qasar

Seorang individu yang juga guru al-Quran telah membangunkan satu projek rintis yang dikenali sebagai Kalkulator Musafir.

Menerusi hantaran @mnasrullah00 di platform X, kalkulator berkenaan memudahkan seseorang menentukan sama ada sesuatu perjalanan itu melayakkan untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar atau sebaliknya.

“Musim balik kampung ini, orang ramai boleh mencuba projek perintis Kalkulator Musafir ini

“Ia membantu untuk mengetahui sama ada perjalanan tersebut membolehkan pelaksanaan solat Jamak dan Qasar atau tidak,” ujar beliau.

Pengguna hanya perlu membuat pilihan dan memasukkan beberapa butiran yang diperlukan.

Apa yang lebih menarik, kalkulator ini menawarkan kemudahan kepada orang ramai dengan dua pilihan mod kiraan, iaitu:

  • Kiraan ringkas yang memberikan anggaran pantas berdasarkan tempoh hari perjalanan dan hari pertengahan

  • Kiraan berasaskan jadual fiqh, yang mengambil kiraan siang atau malam dengan pertimbangan hari syarie selepas waktu Maghrib

image is not available

Pengguna hanya perlu mengisi beberapa maklumat asas sebelum sistem memaparkan garis masa perjalanan, iaitu tempoh hari yang membolehkan seseorang menunaikan solat Jamak dan Qasar.

image is not available

Namun begitu, bagi memastikan pengiraan yang tepat, pengguna perlu memasukkan maklumat yang betul dan lengkap.

image is not available

Sekiranya ada yang mahu mencuba, anda boleh layari sahaja laman Kalkulator Musafir menerusi pautan ini.

Dalam pada itu, @mnasrullah00 turut memaklumkan terdapat ciri baharu yang diperkenalkan, di mana pengguna boleh memasukkan alamat e-mel untuk menyimpan keputusan pengiraan Jamak dan Qasar yang telah diisi.

image is not available
Baca juga: