
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 50 tahun dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.
Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan membebaskan lelaki itu daripada pertuduhan itu tanpa mengarahkannya membela diri.
Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan ini terhadap budak lelaki berusia 11 tahun itu dengan meraba kemaluannya antara jam 1 pagi hingga 4 pagi pada Mei 2020 di sebuah rumah di Tuaran.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Lapan saksi dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan.
Lelaki itu ditahan reman sejak Ogos 2022 kerana tiada jaminan diberikan kepadanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus manakala peguam Mohamad Syazwan Shah dan Nigel Neong Kaning mewakili lelaki itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


