Lelaki nafi cabul pembantu kedai

28 Oct 2023 • 1:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 55 tahun didakwa melakukan gangguan fizikal seksual terhadap seorang pembantu kedai.

Mohd Hamka Ghani@Abdul Ghani mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, kepada tuduhan terhadapnya.

Mohd Hamka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun tiga bulan itu dengan meraba payudara, menyentuh kemaluan serta mencium mulutnya.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 3 petang 15 Okt tahun ini di hadapan sebuah kedai di Putatan.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Nov tahun ini untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Mohd Hamka sementara menunggu tarikh itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus manakala Mohd Hamka tidak diwakili.

Di mahkamah lain, seorang warga Filipina berusia 47 tahun dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Raquel Villagonzalo mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen sah di Tambunan pada 5 Sept tahun ini.

Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas hukumannya tamat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.