Wang palsu: Lelaki dipenjara lima tahun

6 Sep 2023 • 5:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun tiga bulan kerana memiliki tiga wang kertas RM100 palsu, menggunakan wang kertas palsu untuk membuat pembayaran dan mempunyai peralatan untuk memproses wang kertas palsu.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Ridhwan Aiman Yahya yang mengaku bersalah kepada empat pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, Ridhwan dipenjara setahun kerana memiliki tiga wang kertas palsu RM100 dengan nombor siri serupa – DC0433026 pada 9.15 pagi 13 Okt 2021 di sebuah rumah di Kuala Manggatal Fasa 1, Sepanggar, dekat sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara dua tahun kerana mempunyai peralatan untuk memproses wang palsu itu pada 9.15 pagi 13 Okt 2021 di tempat yang sama.

Bagi kesalahan ini, Ridhwan didakwa mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Ridhwan dipenjara setahun lagi kerana menggunakan wang kertas RM100 palsu untuk membuat pembayaran barangan pada 8 malam 10 Okt 2021 di Kedai Runcit Baz & 6Eleven Sdn Bhd di Taman Putera Jaya, Telipok.

Bagi pertuduhan keempat, dia dipenjara 15 bulan lagi kerana menggunakan wang palsu RM100 untuk membeli makanan pada 12 Okt 2021 di Restoran Shahir, di Telipok.

Mahkamah memerintahkan Ridhwan menjalani hukuman penjara itu dari tarikh sabitan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tham Pou Jin dan DPP Jessica Ombou Kakayun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.