Lelaki bengang staf stesen minyak terima tip, netizen tanya -“Kenapa bitter sangat?”

24 May 2024 • 12:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Staf stesen minyak

Seorang lelaki meluahkan rasa bengang apabila salah seorang staf stesen minyak menerima duit tip daripada pelanggan Singapura hingga undang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna di laman X, lelaki itu memberitahu kejadian tersebut berlaku di stesen minyak Johor Jaya.

Dalam video tersebut, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja itu yang didakwa lebih memilih membersihkan kereta orang asing berbanding kenderaan rakyat Malaysia.

Staf stesen minyak

image is not available

“Ini kat stesen minyak Johor Jaya, ini kereta Singapura..kalau kereta Malaysia dia pandang pun tidak. Kalau kereta Singapura jilat tayar pun boleh, bersihkan depan belakang semua.

“Kadang-kadang dorang isi RON95 pun buat tak tahu je sebab dapat tip, tengok lah..kereta Malaysia pandang pun tidak!

“Tengok kejap lagi dia dapat duit masuk dalam poket. Pasal duit semua benda boleh,” ujarnya sambil merakam situasi yang berlaku.

Staf stesen minyak

image is not available

 

Tak salah pun ambil tip

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tidak menjadi satu kesalahan apabila staf stesen minyak itu menerima tip selepas membantu pelanggannya.

image is not available image is not available

Tip dia dapat boleh jadikan motivasi kerja

Malah, ramai yang menyokong serta memuji sikap pemurah pelanggan Singapura itu yang mempunyai adab tinggi dalam melayani seseorang tanpa mengira status.

Kata netizen, tindakan murni itu tidak merugikan mana-mana pihak malah dapat membantu meningkatkan lagi motivasi kerja dan kualiti servis kepada pelanggan.

image is not available image is not available

Sumber: X @updateinfo