Suami gembira isteri bekalkan air sirap raih perhatian -“Mesti haus bawa lori sana sini”

Entertainment
24 May 2024 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Isteri bekalkan air sirap

Tular di laman sosial apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori lebih memilih air yang dibuat isterinya berbanding beli di kedai telah berjaya undang perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh isteri lelaki terbabit yang dikenali sebagai Jusmarina Juah di laman TikToknya, dia berkata suaminya meminta untuk menyediakan air memandangkan terima banyak tugas pada hari tersebut.

Dalam video tersebut, Jusmarina telah menunggu suaminya di tepi jalan sambil membawa air sirap demi memenuhi permintaan insan tersayangnya itu.

Isteri bekalkan air sirap

“Suami kerja selalu lalu depan rumah, jadi hari ini dia banyak trip..telefon minta buatkan air untuk dia. Kita buatkan air sirap je. Suka betul dia!

“Sambil tu apa lagi pau minta duit laa upah buatkan air, dia nak cepat-cepat sebab tak boleh lama. Bye-bye sayang kita jumpa malam ini makan sama-sama dengan anak,” ujarnya dalam video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut raih lebih 2 juta tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

Isteri bekalkan air sirap

image is not available

image is not available

Ini pun dah cukup bahagia!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang seronok apabila melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut meskipun hidup bersederhana.

image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Mahalnya air sirap RM50!

Dalam pada itu, ada juga individu yang sempat berseloroh air sirap Jusmarina sangat mahal apabila dia menerima ‘upah’ RM50 daripada suaminya untuk minuman tersebut.

image is not available image is not available image is not available