Lelaki Beristeri Tiga Tergamak Bunuh, Bakar Anak Kekasih

1 May 2025 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pembunuhan kejam ke atas seorang kanak-kanak menggemparkan penduduk setempat.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan HB, 38, terhadap mangsa dikenali sebagai MA yang berusia empat tahun di Kampung Kresek, Desa Rawa Burung, Kecamatan Kosambi, Kabupaten Tangerang di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Pihak berkuasa mengesahkan pelaku yang turut membakar jasad MA berjaya diberkas di rumah salah seorang isterinya di Tasikmalaya, Jawa Barat pada Selasa.

"Siasatan awal mendapati HB yang mempunyai tiga isteri merupakan kekasih kepada ibu kandung MA," kata jurucakapnya, Kombes Pol Zain Dwi Nugroho.

Menurutnya, HB bekerja sebagai petugas keamanan (satpam) di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dan menyewa rumah kontrakan.

"HB sering memaksa teman wanitanya supaya membenarkan mangsa bermalam di rumahnya. Sudah lima kali dia tidur bersamanya.

"Paling mengejutkan kami menemui kesan luka pada dubur mangsa. Pemeriksaan lanjut sedang dijalankan," jelas Zain.

Tambahnya lagi, hasil autopsi oleh doktor forensik RSUD Kabupaten Tangerang turut mengenal pasti kesan kecederaan pada kepalanya akibat dipukul dengan objek tumpul.

Difahamkan, jasad MA dalam keadaan rentung pertama kali ditemui ibunya, F di atas katil di rumah tersebut yang pada mulanya berkunci.

"Hanya kakinya masih dalam bentuk asal, bahagian lain termasuk mukanya sudah hangus terbakar," kata seorang jiran, Muhammad Khairul.

Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian


 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved