Lelaki Warga India Ditahan Tawar Khidmat ‘Prebet Sapu’ Ke KLIA

LocalPolitics
23 Aug 2025 • 9:57 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga India ditahan selepas dipercayai menjalankan khidmat ‘prebet sapu’ dengan membawa penumpang dari sebuah hotel di Bandar Sunway ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu mendakwa baru hari pertama menjalankan kegiatan berkenaan kononnya untuk membantu syarikatnya.

Lesen P, caj RM180

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek hanya memiliki lesen memandu P (Percubaan) serta mengenakan tambang RM180 kepada pelanggan.

“JPJ turut menyita kenderaan jenis Toyota Innova yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat persendirian,” katanya.

Operasi pemantauan diteruskan

Azrin menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan melaksanakan pemantauan serta operasi penguatkuasaan secara berterusan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kesalahan trafik boleh menyalurkannya ke aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui aplikasi e-aduan dengan butiran lengkap. – The Malaysian Update

The post Lelaki Warga India Ditahan Tawar Khidmat ‘Prebet Sapu’ Ke KLIA appeared first on The Malaysian Update.