Lelaki Berjubah Mirip Dominic Toretto Ditemui Beli Ikan

Entertainment
2 Feb 2023 • 3:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kelibat lelaki berjubah mirip Dominic Toretto cetus tanda tanya apabila dilihat berada tepi jalan dan sedang kelihatan begitu asyik memilih beberapa jenis ikan yang dijual.

Siapa Dominic Toretto? Bagi yang pernah tengok filem “Fast & Furious” mesti kenal watak Dominic Toretto yang merupakan antara watak utama dalam siri tersebut yang dilakonkan oleh Vin Diesel, pelakon terkenal dalam filem aksi.

Sekali pandang memang macam dia daripada kepala botak, berbadan besar dan tinggi yang hampir sama menyebabkan warganet menggelarnya Dominic Toretto.

Gambar tersebut menjadi tular selepas perkongsian daripada Razif Rameli di laman Facebook telah berjaya menarik perhatian warganet. Menurut Razif, lelaki yang lengkap berjubah itu adalah warga Pakistan dengan ciapan, “Toretto versi Pakistan,” tulisnya.

Tidak berakhir di situ, rata-rata komen yang ditinggalkan berkisar tentang gelagat Toretto yang sedang memilih ikan baung sekali lagi mencuit hati warganet. Berikut antara komen yang ditinggalkan:

image is not available
Kredit: Razif Rameli | Facebook

 

image is not available
Kredit: Razif Rameli | Facebook

 

image is not available
Kredit: Razif Rameli | Facebook