Lelaki berjubah tumbuk pelajar hingga patah hidung di Kajang

14 Mar 2025 • 10:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Seorang lelaki berjubah bertindak ganas dengan menumbuk seorang pelajar sekolah sehingga patah hidung dalam satu kejadian selepas solat Jumaat di Saujana Impian, Kajang, hari ini.

Menurut hantaran Facebook oleh individu bernama, Yusuf Sop, insiden berlaku hanya kerana perselisihan kecil semasa memasuki simpang. Tiada kemalangan yang berlaku, namun lelaki berusia lingkungan 40-an itu tetap bertindak agresif dengan menumbuk pelajar tersebut bertubi-tubi.

“Tindakan keganasan ini tidak boleh dibiarkan. Tolong sebarkan agar keadilan ditegakkan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Di media sosial, beberapa netizen meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap perbuatan lelaki itu, terutama kerana ia berlaku di bulan Ramadan.

“Pakai jubah, kopiah, tapi perangai… Aduhai,” kata seorang netizen. Ada juga yang mempertikaikan sikap tidak bertoleransi lelaki berkenaan yang sepatutnya lebih bersabar, terutama selepas menunaikan solat.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki lelaki tersebut merupakan sebuah Toyota dengan nombor pendaftaran UP###.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai tindakan lanjut pihak berkuasa terhadap insiden tersebut.