Lelaki Berkaki Ayam Ketuk Tingkap Kereta Di Matang Ini Timbulkan Kerisauan Dikalangan Orang Awam

9 Feb 2023 • 4:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki tersebut mengetuk tingkap kenderaan yang berhenti di lampu isyarat.

Lelaki Berkaki Ayam Ketuk Tingkap Kereta Di Matang Ini Timbulkan Kerisauan Dikalangan Orang Awam. Diambil dari perkongsian Sarawak Roads Update, mereka telah memuat naik sebuah video di mana seorang lelaki yang kelihatan seperti pengemis mengetuk tingkap kenderaan di lampu isyarat Jalan Camar, Matang.

Perkara tersebut telah menimbul keresahan orang ramai serta boleh membahayakan nyawa lelaki tersebut.

image is not available
Lelaki Berkaki Ayam Ketuk Tingkap Kereta Di Matang Ini Timbulkan Kerisauan Dikalangan Orang Awam

Mengetuk pintu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat

Dalam video tersebut, lelaki yang berkaki ayam itu dilihat mengetuk pintu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat jalan berkenaan dan meminta wang dari pemandunya.

Walaupun kasihan melihat keadaan lelaki tersebut, tetapi orang ramai berasa apa yang dibuatnya itu bahaya dan boleh menimbulkan keresahan daripada pengguna jalan raya tersebut.

Bukan sekadar keselamatan lelaki tersebut yang akan terjejas, keselamatan pengguna jalan raya di situ juga boleh terjejas.

image is not available

Pihak bertanggungjawab perlu ambil tindakan sewajarnya

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya meminta pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya atas kejadian tersebut.

Diharap agar perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang betul agar ianya tidak berleluasa.

Lagi di sini cerita terkini untuk anda di sini: