"Panjang Sabit Tu!" - Netizen Cemas, Lelaki Amuk Libas Sabit Di Jalan Raya

2 Feb 2023 • 4:27 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pengguna jalan raya di hadapan pejabat MARDI Daerah Pasir Puteh dikejutkan dengan kejadian amuk seorang lelaki menggunakan sabit dan merosakkan kereta di situ.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, cermin hadapan sebuah kereta pecah namun tiada orang awam yang cedera.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai tukang kebun ditangkap 20 minit kemudian.

"Suspek pernah ditangkap mengamuk pada tahun 2019 dan dia mempunyai sakit mental.

"Kita berharap tiada pihak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berhubung video yang tular," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, terdahulu, orang awam membuat panggilan telefon kepada polis berhubung tindakan suspek yang menaiki motosikal dan kemudiannya mengamuk di tengah jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved