
Rakaman CCTV Dedah Kejadian Pecah Masuk Kedai Runcit Di Ranau
Lelaki Bertopeng Pecah Masuk Kedai Runcit Di Ranau Masih Berkeliaran, Penduduk Diminta Berhati-Hati. Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes pecah masuk di sebuah kedai runcit di Ranau, Sabah. Kejadian ini dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke media sosial oleh seorang penduduk tempatan pada hari Rabu, menurut laporan media tempatan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, suspek yang memakai topi dan penutup muka untuk menyembunyikan identiti dirinya dilihat memasuki kedai. Beliau membawa sebuah beg yang dipercayai untuk mengisi barang-barang curian.

Suspek berjaya mengakses mesin wang tunai di kaunter dalam masa yang singkat menggunakan alat besi yang dibawanya. Selepas mengambil wang dari mesin tersebut, jumlah kerugian masih belum dapat ditentukan.
Salah seorang penduduk Ranau mengingatkan peniaga-peniaga di kawasan tersebut supaya lebih berwaspada memandangkan penjenayah masih belum ditangkap.
“Saya menyeru kepada pemilik kedai di kawasan Ranau untuk meningkatkan tahap keselamatan kedai masing-masing. Sesiapa yang mengenali suspek ini diminta untuk melaporkannya,” ujar beliau.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen yang menyuarakan kebimbangan tentang kes kecurian yang semakin meningkat.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.


