Lelaki Bertumbuk Dengan Penjaga Tol Gara-gara Palang Tak Buka

Entertainment
1 Oct 2024 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video kini sedang tular memperlihatkan seorang lelaki bertumbuk dengan individu yang dikatakan penjaga di Plaza Tol Perling, Johor Bahru. Menurut sumber, ia berpunca dariapda rasa tak puas hati lelaki berkenaan apabila ‘Touch n Go’ (TnG) yang berada dalam kad pengenalannya tidak dapat digunakan hingga dia gagal melepasi palang tol.

Video berdurasi 2 minit 19 saat yang tular di X itu, turut memperlihatkan orang awam cuba menenangkan keadaan sejurus insiden tumbuk menumbuk itu berlaku.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan polis daripada kedua-dua belah pihak yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 30-an itu pada jam 10.11 pagi semalam.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 1.15 petang kelmarin di Plaza Tol Perling menghala ke Iskandar Puteri.”

“Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun mendekati penjaga tol kerana tidak puas hati apabila TnG melalui kad pengenalannya tidak dapat digunakan, walaupun terdapat baki wang mencukupi untuk melepasi palang tol.”

“Perselisihan faham berlaku antara penjaga tol dengan lelaki itu hingga membawa kepada pergelutan antara mereka. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu meleraikan pergaduhan itu yang menyebabkan kedua-dua lelaki terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan muka.”

Tambah beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan pergaduhan gempar, di mana sabit kesalahan boleh dipenjara 6 bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.