Lelaki bogel ganggu lalu lintas ditahan

4 Apr 2026 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki dipercayai tidak siuman ditahan polis selepas bertindak berbogel dan mengganggu lalu lintas di Jalan Langkap - Chui Chak, Langkap di sini pada Jumaat.

TELUK INTAN – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dipercayai tidak siuman ditahan polis selepas bertindak berbogel dan mengganggu lalu lintas di Jalan Langkap - Chui Chak, Langkap di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, kejadian itu dilaporkan kira-kira jam 9.35 malam sebelum sepasukan anggota Task Force Ronda Cegah Jenayah dari Balai Polis Langkap dikerahkan ke lokasi.

Menurut beliau, hasil tindakan pantas pihak polis, suspek warga tempatan berusia 41 tahun berjaya ditahan dalam keadaan bogel seperti yang tular di media sosial.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Langkap untuk tindakan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan serta penilaian pakar psikiatri,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video kejadian tersebut bagi menjaga maruah individu terlibat.

Katanya, tindakan diambil polis adalah bagi memastikan keselamatan awam selain membantu individu berkenaan mendapatkan rawatan sewajarnya.

"Kita minta orang awam supaya terus peka dan bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved