Lelaki buat kecoh 5 pagi, jerit-jerit dekat Stesen LRT Pandan Indah

9 Apr 2026 • 9:57 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Suasana tenang awal pagi di Stesen LRT Pandan Indah, Ampang, terganggu apabila seorang lelaki dilihat menjerit-jerit sekitar pukul 5.30 pagi tadi.

Menerusi rakaman video yang tular, lelaki itu dilihat seperti menuntut bayaran daripada seseorang, namun tiada individu lain kelihatan berhampiran kawasan tersebut.

Keadaan bertambah tegang apabila lelaki itu mengambil sebatang besi dan memukul kotak penggera stesen sehingga berbunyi.

Rakaman kejadian dikongsikan oleh pengguna Instagram @dyannakamal_ melalui Insta Story miliknya kira-kira dua jam lalu.

Setakat ini, punca sebenar kejadian dan keadaan terkini lelaki terbabit belum dapat dipastikan, sama ada akibat masalah kesihatan atau sebab lain.

Pihak berkuasa juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved