Lelaki buat laporan palsu akan didakwa di mahkamah

15 Sep 2023 • 3:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Hanyan Ramlan

KEMAMAN - Seorang pembantu kedai perkakasan direman selama empat hari berhubung kejadian membuat laporan polis kononnya disamun dua lelaki dan mengalami kerugian RM2,200.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, perintah reman dikeluarkan mahkamah terhadap lelaki terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut kes dilakukan.

"Saringan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek direman sehingga 18 September ini selain akan dituduh di mahkamah pada tarikh yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan helah seorang pembantu kedai perkakasan membuat laporan polis kononnya disamun dua lelaki dan mengalami kerugian RM2,200 akhirnya terbongkar.

Tindakan lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Pahang itu berjaya dihidu pihak polis setelah mendapati laporan dibuat adalah palsu.

Hanyan berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan telah kehabisan duit gaji dan tidak mampu memberikan duit belanja kepada isterinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved